Program Taklimat Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) Anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka Bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Cawangan Negeri Melaka
Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPU) telah menganjurkan satu Program Taklimat Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) dengan usahasama Agensi Antidadah Kebangsaan Cawangan Negeri Melaka pada 16 Februari 2016. Tujuan Program ini dianjurkan adalah seperti berikut:
a)memastikan pegawai dan staf sentiasa bebas daripada gejala penagihan dadah seperti mana yang terkandung di dalam Surat Pekeliling Bilangan 3 Tahun 1989
b) menangani kes penyalahgunaan, pemilikan serta pengambilan dadah di peringkat Jabatan
c)mengenalpasti staf-staf yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung berkaitan penyalahgunaan dadah
d)memastikan staf-staf yang diterima bekerja di UTeM adalah ‘zero’ dadah.
Program Taklimat Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) Anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka Bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Cawangan Negeri Melaka