menu bar

Latar Belakang





Latar Belakang

Unit Undang-Undang dan Tatatertib adalah entiti awal yang diwujudkan semasa KUTKM dan diletakkan di bawah Pejabat Pendaftar. Unit ini berfungsi melaksanakan urusan tatatertib seperti perisytihar harta, permohonan kerja luar dan sebagainya.Unit ini kemudian dinaik taraf kepada Bahagian Perundangan di bawah Pejabat Pendaftar.Bahagian ini mempunyai 2 unit iaitu Unit Gubalan & Guaman dan Unit Tatatertib dan diketuai oleh Ketua Penolong Pendaftar, N44. Pada tahun 2010, Bahagian Perundangan dinaik taraf dan dikenali sebagai Pejabat Hal Ehwal Perundangan dan diletakkan di bawah Pejabat Canselori. Pejabat ini mempunyai 4 bahagian iaitu Bahagian Penasihatan, Bahagian Gubalan, Bahagian Guaman dan Bahagian Tatatertib dan diketuai oleh Penasihat Undang-Undang Gred L48. Pejabat Hal Ehwal Perundangan kemudiannya dijenamakan semula sebagai Pejabat Penasihat Undang-Undang dengan mengekalkan 4 bahagian yang sedia ada. Pada tahun 2016, Pejabat Penasihat Undang-Undang diberi kepercayaan untuk memantau pekembangan kontrak terutama kontrak-kontrak yang melibatkan pembangunan maka bahagian baharu diwujudkan dan dikenali sebagai Bahagian Pengurusan dan Pemantauan Kontrak. Pejabat Penasihat Undang-Undang terdiri daripada empat belas ( 14 ) orang staf yang diketuai oleh Penasihat Undang- Undang dan dibantu oleh timbalan penasihat undang-undang, lima ( 5 ) orang penolong penasihat undang-undang dan enam ( 6 ) orang staf dari kumpulan pelaksana. Pejabat Penasihat Undang-Undangboleh diklasifikasikan daripada gabungan lima ( 5 ) bahagian iaitu:- i. Bahagian Penasihatan ii. Bahagian Guaman iii. Bahagian Gubalan iv. Bahagian Integriti dan Pentadbiran