menu bar

Bahagian Penasihatan


  • Menasihati Universiti dalam semua hal-hal perundangan berkaitan dengan governan, polisi dan pentadbiran am, pembangunan, pekerja, hal ehwal pelajar, hal ehwal kampus dan hal ehwal akademik.
  • Memberi nasihat dalam penyediaan apa-apa dokumen, surat dan laporan kepada mana-mana pihak seperti Canselor, Pro-Canselor, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Peguam Negara dan Lembaga Pengarah Universit (LPU).
  • Mensihati Universiti tentang apa-apa Statut, perundangan subsidiari atau keputusan kehakiman yang relevan dan memerlukan pengubahsuaian brlandaskan amalam dan prosedur Universiti.
  • Menasihati Universiti tentang apa-apa perintah, kaedah, peraturan, panduan atau pekeliling yang boleh diterimapakai melalui kelulusan LPU dan memerlukan pengubahsuaian.
  • Menghadiri mesyuarat-mesyuarat utama di peringkat Universiti sebagai ahli tetap, ahli ex-officio atau ahli turut hadir.
  • Mewakili Universiti dalam perbincangan isu-isu perundangan melibatkan Universiti di peringkat KPT dan agensi-agensi pusat.
  • Membantu dalam pengubalan, perancangan, penyediaan dan perlaksanaan polisi berkaitan pengajian tinggi di peringkat negara seperti Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (Akta 30) (AUKU), garis panduan Perjanjian dan Memorandum Persefahaman dan penyediaan dokumen perundangan IPTA baru (jika ada).
  • Membantu dalam penyiasatan, perincian, dan penyediaan dokumen bagi agensi-agensi Kerajaan seperti Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Biro Pengaduan Awam dan Biro Keselamatan Negara.
  • Menasihati LPU tentang kuasa yang diperuntukkan oleh AUKU.
  • Memastikan perjalanan dan tatacara LPU adalah selaras dengan statut atau peraturan yang mengawalnya.
  • Menasihati LPU mengenai penyediaan arahan pentadbiran yang berkaitan dengan urusan tatatertib pekerja seperti yang diperuntukkan dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj) 2000 (Akta 605).
  • Menasihati Universiti tentang semua aspek disiplin dan salahlaku pekerja termasuk isu berkaitan dengan perlantikan Jawatankuasa Tatatertib, Jawatan Penyiasatan, penyediaan kertas pertuduhan pendakwaan dan isu berkenaan dengan rayuan terhadap keputusan.
  • Memastikan tindakan tatatertib yang diambil berlandaskan undang-undang dan peraturan yang sedia ada.
  • Menasihati tentang hal-ehwal perkhidmatan pekerja yang berkaitan dengan pemindahan pekerja, pinjaman ke agensi luar, pelanggaran kontrak, terma-terma lantikan serta kelayakan kemudahan-kemudahan yang diberikan.
  • Menasihati tentang hal ehwal perundangan, akademik, peperiksaan, biasiswa dan pembiayaan.
  • Menasihati Universiti tentang semua aspek displin pelajar termasuk isu berkaitan dengan perlantikan Jawatankuasa Tatatertib, Jawatankuasa Penyiasatan, pendakwaan, penyediaan kertas pertuduhan dan isu berkaitan rayuan terhadap keputusan.
  • Mengadakan seminar dan taklimat berkaitan isu undang-undang dari masa ke semasa sebagai pendedahan kepada semua pekerja Universiti yang bertanggungjawab menguatkuasakan peraturan Universiti.
  • Menasihati Universiti dalam semua aspek hak, liabiliti tanggungrugi dan isu-isu berkenaan harta intelek Universiti dari kerja-kerja penyelidikan, sama ada penyelidikan tersebut dijalankn bersama pihak ketiga atau sebaliknya.
  • Menasihati hal ehwal dan isu perundangan yang berkaitan dengan kampus Universiti.
  • Menasihati Universiti dalam semua isu berkaitandengan harta intelek.
  • Mewakili Universiti dalam rundingan, penyediaan, penggubalan dan pelaksanaan projek pengkomersilan inovasi Universiti.